Sunday, March 9, 2014
Monday, March 3, 2014
Birthday
Apa maknanya birthday tahun ni..sekadar menambah luka dihati.terima kasih pada yang tidak menghargaiku..I know im not perfect hanya menyukarkan mereka disekelilingku
Sekian luahan hati yang ntah pape
Saturday, March 1, 2014
Resepi donut gebu ala j.co
Memandangkan si panjang demam dan tak mau makan nasi si acu ni pun macam sangat la terajin nak buat kuih favourite dia.oleh kerana malas nk mengeluarkan 'mixer' so keluar la bekas untuk menguli dan segala macam bahan2 nya. Makanya terhasil la donut yg tersangat la gebus so kt sini ambe pun nak share resepi donut tersebut.
500g tepung gandum
11g mauripan
2sudu besar susu pekat manis
100g gula
1 biji telur
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh dough softener
Air sejuk peti
80g marjerin
Cara cara
Campur air telur dan susu kedalam mangkuk kecil dan timbang sehingga mencapai berat 250g
Masukkan semua bahan yang lain kecuali majerin kedalam mangkuk adunan kacau sebati
Masukkan sebatian cecair dan uli sehingga semua tepung dan cecair menjadi doh
Masukan marjerin dan uli lagi sehingga elastik.kalau guna tangan nak cepat elastik doh tersebut bole dimasukkan dalam plastik tebal macam plastik beras dan dipukul dengan kayu pengelek
Bila dah licin masuk dalam bekas dan tutup dengan tuala lembap dan diamkan selama 20 hingga 30 minit
Bila doh dah naik sekali ganda boleh la di uli sebentar dan dibahagi kepada bahagia2 kecil dan dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki
Selepas siap dibentuk agak2 dah naik semula boleh la di goreng dengan api sederhana sebab kalau api terlalu kuat donut cepat hitam.
Selesai digoreng boleh di blenderkan gula atau buat topping chocolate atau nak lagi mudah ambil 6sudu besar milo bancuh bersama 3sudu air panas dan sedikit minyak@ marjerin @ butter dan celup donut untuk jadi topping nya..
Wallah solosai..ngeee